Anda pernah sembur minyak wangi, tapi harumannya tak bertahan lama?
Pasti rasa kecewa bila perfume yang kita beli, tapi tak seperti yang kita harapkan. Dah tukar pelbagai jenama tapi masih menghampakan.
Usah risau, sebenarnya anda tak keseorangan. Rata-rata ramai pengguna minyak wangi kurang jelas tentang pemilihan minyak wangi yang tepat. Kali ini, kami akan berkongsi tentang cara untuk memilih minyak wangi yang lebih tahan lama. Barulah rasa berbaloi dengan pelaburan kita.

- KENALPASTI BAHAN DAN AROMA DALAM MINYAK WANGI
Secara umumnya, minyak wangi adalah gabungan pati haruman dan pelarut untuk menghasilkan sesuatu wangian. Malah kepekatannya juga berbeza bergantung kepada sebatian alkohol dan campurannya. Ethanol adalah alkohol yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi. Lagi tinggi kandungan alkohol yang digunakan, makin kuat harumannya dan makin lama tempoh ketahanannya.
Semasa memilih minyak wangi, jangan bau 3 wangian sekaligus kerana kita akan mudah pening. Ada pelbagai aroma minyak wangi di pasaran yang kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan, buah-buahan dan beberapa variasi lain. Lazimnya, wanita lebih menjurus kepada haruman yang baunya lembut dan manis, manakala lelaki lebih suka haruman yang agak keras untuk menampilkan personalitinya.

2. FAKTOR JENIS KULIT
Lain orang, lain baunya. Ini adalah disebabkan setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Pemakaian minyak wangi pada kulit yang kering akan menyebabkan baunya cepat hilang dan tidak kekal lama berbanding dengan individu yang mempunyai kulit yang lembab.
Selain itu, bau peluh juga memainkan peranan menentukan haruman pada tubuh kita. Adakalanya minyak wangi yang sama, tidak memberikan haruman yang serupa pada setiap individu. Oleh sebab itu, untuk mencuba minyak wangi, semburkan pada kulit bukan pada baju. Malah trend menghidu bau parfum di tester stripe adalah kaedah yang tidak tepat. Haruman yang dihasilkan pada kertas tidak akan sama apabila disemburkan pada kulit kita. Selepas ini, elakkan memilih bauan minyak wangi melalui kertas yang dihulurkan oleh penjual di kaunter minyak wangi.
Untuk mendapatkan haruman minyak wangi kekal lama, cubalah oleskan pelembab di kulit sebelum menyembur parfum pilihan. Ini membantu minyak wangi tersebut menyerap di lapisan kulit kita dan haruman akan kekal lebih lama. Haruman minyak wangi boleh bertahan di kulit sehingga 12 jam berbanding di baju hanya 6 jam sahaja.

3. CARA PENYIMPANAN MINYAK WANGI
Ramai yang memandang remeh dengan cara menyimpan minyak wangi. Minyak wangi yang disimpan dengan baik dapat membantu mengekalkan kualitinya. Pastikan minyak wangi disimpan di tempat yang bersuhu sederhana dan tidak terdedah kepada sinaran matahari. Malah suhu yang lembab akan menggalakkan pembiakan bakteria pada minyak wangi. Ini kerana, minyak wangi yang terdedah kepada suhu yang panas dan lembab akan menyebabkan harumannya tidak tahan lama dan terjejas kualiti kandungannya. Selain itu, pastikan juga botol minyak wangi bertutup rapat setelah menggunakannya. Faktor cuaca memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualitinya.

4. PENGARUH AKTIVITI HARIAN DAN CUACA
Pilihan minyak wangi seharusnya mengambil kira aspek aktiviti harian dan juga cuaca semasa. Ada minyak wangi yang tidak sesuai untuk aktiviti lasak kerana faktor cuaca dan persekitaran.
Oleh yang demikian, adalah amat penting memilih minyak wangi yang sesuai untuk memastikan keharuman berkekalan.
Pasti sekarang lebih mudah memilih minyak wangi yang bersesuaian dengan tips yang kami sediakan. Jadilah pengguna bijak dalam mendapatkan minyak wangi terbaik pilihan anda.
Athillia's PrideOur Products
Changing lives thru Scents