Athillia

Athillia perfumes are created by the delicate hands of our homegrown perfumer, Miss Aien Mokhtar.

Contact Us

Level 23, NU Tower 2, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Follow us

Sumbangan Dunia Islam Dalam Pemodenan “Perfumery”

Sumbangan Dunia Islam Dalam Pemodenan “Perfumery”

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on linkedin
Share
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Zaman ketamadunan Islam merupakan penyumbang besar kepada pembangunan “Perfumery” di Asia Barat di dua bidang utama ia itu pemodenan ekstraksi jus wangian menggunakan kaedah penyulingan melalui pengwapan dan penemuan bahan bahan ramuan wangian asas yang baru. Penemuan dua kaedah baru ini mempengaruhi perkembangan “perfumery” dan pembangunan ilmu sains terutamanya dibidang kimia.

Semasa zaman kebangkitan Islam, masyarakat Muslim memperbaiki proses pengeluaran “Perfume” dan meneruskan penggunaan “Perfume” dalam aktiviti harian mereka termasuklah ketika menunaikan ibadah harian mereka. Antara bahan bahan asas baru yang popular yang digunapakai ialah kasturi, bunga ros dan amber. Sebagai pedagang Islam dan berasal dari kaum Arab dan Persia, mereka lazimnya senang untuk memperolehi bahan asas lain yang terdiri dari rempah ratus, hasilan kayu i.e., kayu aggar, resin, ambergris dan kasturi. Kebanyakan ramuan asas wangian untuk “Perfume” seperti Ros, Melur, Limau Purut adalah penemuan baru yang dihasilkan oleh masyarakat muslim ketika itu. Kesemua ini masih merupakan bahan bahan asas dalam pembuatan “Perfume” hingga kehari ini.

Ahli Falsafah Islam, Al Khindi (c. 801-873) telah menulis sebuah buku khas tentang “Perfumes” yang digelar “Book of the Chemistry of Perfume and Distillations”. Buku ini mengandungi lebih seratus resipi untuk pembuatan minyak wangi “fragrance oils”, Salve, “Aromatic Water” dan alternatif kepada ubat-ubatan yang mahal. Buku ini juga menyediakan 107 resepi “Perfume” dan peralatan pembuatan “perfume” seperti alembic.

Seorang ahli Kimia/doctor Islam, Ibnu Sina (Avicenna), memperkenalkan proses penghasilan minyak essential untuk pembuatan “perfume” melalui kaedah penyulingan melalui pengwapan, kaedah yang masih digunapakai sehingga kini.

Hasilan “Perfume” dari ketamadunan Islam/Arab dan teknologinya menembusi Eropah Barat melalui zaman kegemilangan Islam Andalusia dan melalui pengembaraan pasukan jihad disebelah timur Eropah. Sebagai contoh, wangian berasaskan telur serta wangian berasaskan bungaan telah dibawa ke Eropah oleh pasukan Jihad yang turut berdagang dengan dunia Islam.

Proudly MalaysianMalaysian made perfume and fragrances for men & women

Athillia's PrideOur Products

Changing lives thru Scents

Post a Comment

Your email address will not be published.