Athillia

Athillia perfumes are created by the delicate hands of our homegrown perfumer, Miss Aien Mokhtar.

Contact Us

Level 23, NU Tower 2, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Follow us

Kenali jenis perfume

Kenali jenis minyak wangi sebelum membuat pilihan

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on linkedin
Share
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Secara umumnya, deria bau adalah 150,000 kali ganda lebih sensitif dari deria penglihatan. Semburan wangian mampu menyerlahkan personaliti seseorang dan meningkatkan keyakinan diri, malah mampu mencipta memori yang indah dalam hidup.

Wangian adalah gabungan bahan-bahan mentah asli dan sintetik untuk menghasilkan bauan tertentu. Namun, setiap wangian memberi aroma yang berbeza bagi setiap individu kerana ia bergantung kepada bau semula jadi pada diri seseorang.  Maka, secara tidak langsung ia melambangkan keperibadian diri kita.

Sebelum memilih semburan pewangi, ketahui dulu tentang jenis-jenis minyak wangi yang ada di pasaran supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat. Ramai yang terkeliru dengan lambakan minyak wangi di pasaran yang terdiri daripada Parfum, Eau De Parfum (EDP), Eau De Toilette (EDT) dan Eau De Cologne (EDC).

PARFUM

  • Ia mengandungi kepekatan minyak wangi yang paling tinggi iaitu dari 20 hingga 30 peratus. Harumannya mampu bertahan sehingga 6 jam walaupun dipakai dalam kuantiti yang sedikit.   

EAU DE PARFUM (EDP)

  • Mengandungi kepekatan minyak wangi di antara 15 hingga 20 peratus. Ia adalah gabungan minyak wangi beserta air atau alkohol. Harumannya mampu bertahan 4 hingga 5 jam. Ia adalah antara jenis minyak wangi yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti yang ditawarkan.

EAU DE TOILETTE (EDT)

  • Ia mengandungi kepekatan minyak wangi antara 5 hingga 15 peratus sahaja. Harumannya lebih ringan dan mampu bertahan sehingga 2 -3 jam. Ia perlu disembur semula untuk mengekalkan wangiannya. 

EAU DE COLOGNE (EDC)

  • Pati minyak wangi jenis ini mengandungi kepekatan hanya 2 hingga 4 peratus sahaja. Ia lebih murah berbanding dengan parfum dan Eau De Parfum dan baunya lebih ringan. Ia perlu disembur lebih kerap untuk mengekalkan kesegarannya.
kenali jenis perfume 2

Nah! Kini, lebih mudah membuat pilihan minyak wangi mengikut citarasa dan keperluan semasa. Moga tips ini membantu anda untuk mencari minyak wangi pilihan hati. Jadilah pengguna bijak dalam berbelanja. Semoga bermanfaat!

Athillia's PrideOur Products

Changing lives thru Scents

Post a Comment

Your email address will not be published.