Athillia

Athillia perfumes are created by the delicate hands of our homegrown perfumer, Miss Aien Mokhtar.

Contact Us

Level 23, NU Tower 2, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Follow us

ancient egypt

Industri “Perfume” – Permulaan

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on linkedin
Share
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Kewujudan “Perfume” bukan lah sesuatu yang trendy, malah sejarah membuktikan ianya sebaya dengan sejarah Mesir kuno. Di zaman itu “Perfume” digunakan untuk meraikan acara acara keagamaan dan ibadat melalui pembakaran “minyak essential”, resin dan pelembap yang wangi (perfumed unguent).      

 

Perkataan “Perfume” yang digunakan hari ini berasal dari perkataan latin “Per Fumus” yang bermaksud melalui asap.  Manakala perkataan “Perfumery” pula mengambarkan kesenian proses pembuatan “Perfume”. Kesenian pembuatan “Perfume” berterusan dikembangkan oleh kaum Rom, di ikuti oleh kaum Persian dan seterusnya kaum Arab. Walaupun “Perfume” dan “Perfumery” juga wujud di Asia, namun wangian tersebut lazimnya adalah dalam bentuk dupa atau juga dikenali sebagai kemenyan.

Ahli Kimia Pertama Dunia yang diiktiraf adalah seorang wanita yang bernama Tapputi, seorang pembuat “Perfume” yang hidup disekitar 1200 BCE di Babilonia, Mesopotamia. Beliau memiliki tugasan dalam mentadbir hal hal kerajaan dan keagamaan serta urusan istana diraja Mesopotamia. Beliau menjumpai dan mengembangkan teknik mengekstrak wangian yang menjadi dasar asas dalam proses pembentukan seni “Perfume”.  Kaedah seni penghasilan “Perfume” beliau ini dibukukan dan diturunkan ke generasi berikutnya sekali dengan penemuan beliau dalam pembentukan “Perfume” menggunakan kaedah campuran cecair.

“Perfume “dan “Perfumery” juga didapati wujud dalam zaman kebudayaan Indus- (Mohenjedaro) disekitar tahun 1300 BCE ke 3300 BCE. Sejarah distilasi “Ittar” atau attar didapati dalam penulisan dalam teks Ayurvedic Hindu – Teks Charaka Samhita dan Sushruta Samhita, hasil tulisan Varahamihira, seorang ahli astrologi dan astronomi serta ahli matematik. Penghasilan “Perfume” ini bagaimanapun terhad untuk kegunaan ahli ahli istana dan gundik gundik istana.

Penemuan kilang “Perfumery” pertama dunia dijumpai di kepulauan Cyprus yang berusia sekitar 4000 tahun, yang dijumpai oleh ahli ahli arkeologi Itali, diatas sebidang tanah seluas 4000m persegi. Penemuan ini telah diwartakan dengan meluas dan artifaks artifaks penemuan boleh didapati Rome.

Proudly MalaysianMalaysian made perfume and fragrances for men & women

Athillia's PrideOur Products

Changing lives thru Scents

Post a Comment

Your email address will not be published.