Athillia

Athillia perfumes are created by the delicate hands of our homegrown perfumer, Miss Aien Mokhtar.

Contact Us

Level 23, NU Tower 2, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Follow us

increse productivity with perfume

Haruman boleh membantu meningkatkan produktiviti

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on linkedin
Share
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Pernah tak anda tiba-tiba terbau sesuatu dan ia terus mengimbau kenangan lama? Tahukah anda bahawa deria bau adalah salah satu memori yang tersimpan rapi dalam diri kita. Sebenarnya, bauan yang kita hidu akan diproses di dalam otak dan seterusnya akan menghasil emosi bagi setiap bauan tersebut. Kerana itulah, haruman dan aromaterapi mampu memberi kesan kepada cara pemikiran, emosi dan fizikal kita.

Ada kajian yang membuktikan bahawa bauan mampu mengurangkan tekanan perasaan dan meningkat mood. Secara tidak langsung, bau-bauan ini memberi kesan pada memori dan daya fokus untuk menjadi lebih produktif. 

Berikut adalah antara bau-bauan yang mampu  meningkatkan prestasi seharian kita.

LEMON

Aroma lemon yang segar dapat membantu menambahbaik fungsi daya kognitif seseorang. Ada kajian mengatakan orang yang menghidu bau lemon sambil bekerja dapat mengurangkan risiko buat silap semasa bekerja. Nah! Pastikan bau lemon sentiasa ada di atas meja kerja anda untuk bantu segar sepanjang hari

BUNGA MELUR

Haruman bunga melur memberi kesan rangsangan kepada sistem saraf. Secara naturalnya, ia  menimbulkan mood yang positif dan seterusnya meningkatkan rasa lebih tenang. Haruman bunga melur sangat sesuai untuk dapatkan kesegaran segera.

KOPI

Kopi bukan hanya minuman yang menyegarkan, malah harumannya turut memberikan kesan yang baik untuk kesihatan. Bau kopi sebenarnya mampu menghilangkan rasa mengantuk dan meningkatkan kesedaran. Maka, secara tidak langsung ia mampu meningkatkan produktiviti kerja.

KAYU MANIS

Selain dikenali sebagai rempah ratus dalam masakan, ia juga turut memberikan aroma yang sangat menarik. Kayu manis juga membantu menguatkan memori dan fokus seseorang. Malah harumannya juga meningkatkan kecerdasan.

PUDINA

Bauan pudina yang segar dan tenang itu mampu mengekalkan daya penumpuan yang tinggi dalam tempoh yang panjang. Maka, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mengunyah gula-gula getah untuk meningkatkan konsentrasi. Secara tidak langsung, ia mampu menguatkan memori kita.

SERAI

Haruman serai sebenarnya dapat membantu kita memberikan rasa tenang dan nyaman. Ia juga dapat mengurangkan rasa stress dan  melegakan kemurungan. Penggunaan aroma serai sebagai terapi mampu merehatkan minda dan fizikal setelah penat bekerja.

LAVENDER

Aroma lavender yang manis dan lembut memberikan ketenangan pada minda. Malah, ia banyak digunakan semasa tidur untuk mendapatkan rehat yang maksimum dan memberikan rasa segar dan lebih bertenaga.

Secara amnya, semua haruman mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza kepada setiap orang. Penggunaannya secara berterusan sangat bagus dan berkesan untuk meningkatkan produktiviti  kita. Pilihan haruman dan wangian yang tepat bukan sahaja memberikan keyakinan, malah dapat memberi nilai tambah dalam aktiviti harian kita.

Athillia's PrideOur Products

Changing lives thru Scents

Post a Comment

Your email address will not be published.