TAHUKAH ANDA?
Manusia secara amnya dapat membezakan lebih dari 10,000 haruman yang berbeza dan 65% daripadanya boleh mengingati bau tersebut dengan tepat. Maka, tidak hairanlah sekiranya wangian mampu membangkitkan rasa dan memori yang sangat kuat
BAGAIMANA MINYAK WANGI DIHASILKAN?
Secara amnya, minyak wangi dihasilkan dari gabungan beberapa bahan dengan kepekatan yang berbeza. Haruman yang terdapat di dalam minyak wangi diekstrak daripada bunga dan tumbuhan di sekeliling kita. Ia kemudiannya diproses di makmal untuk menghasilkan bahan sintetiknya dan seterusnya gabungan tersebut akan menghasilkan bauan yang unik dan menarik.
BAGAIMANA DERIA BAU BERFUNGSI?
Deria bau dihasilkan oleh reseptor bau dalam hidung untuk menghantar isyarat yang unik bagi ditafsirkan oleh otak yang dikenali sebagai bau. Kedudukan reseptor bau di dalam otak memberi impak untuk menghubungkan bauan tersebut sebagai memori dan emosi pada masa tersebut. Setiap orang menyukai bau yang berbeza dengan citarasa tersendiri. Setiap haruman menggambarkan keperibadian masing-masing.
APAKAH YANG MEMBUATKAN MINYAK WANGI BERBAU HARUM?
Minyak wangi yang berkualiti memerlukan gabungan bahan yang berbeza untuk menghasilkan lapisan bau yang istimewa. Dalam istilah minyak wangi, ada 3 jenis notes lapisan yang akan menghasilkan bau yang berbeza.
- TOP NOTES
Top notes dikenali juga sebagai bau teratas dalam setiap minyak wangi dan ia adalah bau yang pertama akan dihidu. Biasanya ia segar, ringan dan menyejat segera
- MID NOTES
Berbeza dengan mid notes atau dikenali juga bau pertengahan. Ia bertindak menentukan bau keseluruhan minyak wangi tersebut. Bau mid notes akan muncul setelah bau teratas beransur lenyap.
- BASE NOTES
Base notes juga dipanggil sebagai bau asas bagi sesuatu haruman. Haruman base notes lebih tahan lama berbanding dengan yang lain. Bau sebenarnya hanya akan terhasil setelah 30 minit semburan minyak wangi dilakukan
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila imbas blog kami di laman web kami bertajuk Scentology .
Athillia's PrideOur Products
Changing lives thru Scents
-
Athillia Pour Homme Parfum 30ml
RM109.00RM79.00 Add to cart -
Athillia Pour Femme Parfum 30ml
RM109.00RM79.00 Add to cart -
Senj’e @KL Pour Homme Parfum 30ml
RM109.00RM79.00 Add to cart -
Senj’e @KL Pour Femme Parfum 30ml
RM109.00RM79.00 Add to cart -
Athillia Discovery Set
RM69.00 Read more -
IM Series Alluring Amberwood
RM109.00RM79.00 Add to cart -
IM Series Glorious Peony
RM109.00RM79.00 Add to cart