Athillia

Athillia perfumes are created by the delicate hands of our homegrown perfumer, Miss Aien Mokhtar.

Contact Us

Level 23, NU Tower 2, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Follow us

Tips Pemilihan Wangian

Empat Tips Pemilihan Wangian Yang Ringkas

Share
Tweet
Share
WhatsApp
Email

Penggunaan wangian penting dalam kegiatan   seharian kita. Ia meningkatkan keyakinan diri, dan dapat menghilangkan bau yang tidak enak yang berpunca dari badan kita sendiri. Agak ramai juga yang masih menghadapi masalah untuk mencari wangian yang bersesuaian dengan diri. Pilihan wangian yang tidak tepat boleh mengganggu emosi seharian kita.

 

 

Ikuti empat tips ringkas yang kita boleh jadikan rujukan untuk membuat pilihan wangian yang lebih bersesuaian. Tips ini boleh menjadi panduan agar minyak wangi yang anda impikan berbau harum seperti yang diharapkan.

  1. Pilih jenis wangian bersesuaian dengan penggunaan bermula dari body mist hingga extrait de parfume, masing-masing mempunyai tahap ketahanan yang berbeza-beza.
  • Body mist ( eau fraiche) hanya tahan antara 1 hingga 2 jam
  • Eu de Cologne akan tahan antara 3 ke 4 jam
  • Eau de Toilette boleh tahan antara 4 ke 6 jam
  • Eau de Parfume akan tahan antara 6 hingga 8 jam
  • Parfume yang tahan lebih lama antara 8 hingga 12 jam. Wangian Athillia cuma menawarkan Parfum sahaja.

2. Pilih jenis wangian yang anda sukai – anda boleh memilih wangian berasaskan bunga bungaan, buah-buahan atau bauan segar lautan mau pun bauan wangian maskulin dari jenis smoky, oud atau jenis herba/rempah. Wangian maskulin sesuai untuk kulit yang kering, atau kebiasaan nya berkerja diluar pejabat. 

3. Pilih jenis wangian yang bersesuaian dengan kulit anda – ramai yang tidak mengetahui, jenis kulit kita amat mempengaruhi ketahanan minyak wangi yang kita gunakan. Kulit jenis kering menyebabkan tidak dapat bertahan lebih lama pada kulit jenis ini. Manakala kulit berminyak, membolehkan minyak wangi kekal masa yang lebih lama walaupun dengan sedikit semburkan minyak wangi.

4. Campurkan minyak wangi anda dengan minyak bayi (1/2 dan 1/2) sebelum memercikkannya pada titik nadi anda. Ini pasti akan membuatkan wangian anda kekal sepanjang hari! Molekul minyak yang lebih kecil menyejat lebih cepat daripada yang lebih besar, yang bermaksud bahawa minyak akan mengangkat haruman lebih tinggi dari kulit anda, memanjangkan hayatnya.

Sayangnya, kami di Athillia Parfum cuma membangunkan barisan wangian yang berasaskan Extrait De Parfume sahaja, dan setakat ini mempunyai dua variasi iaitu wangian bunga bungaan dan wangian maskulin berasaskan limau purut dan ramuan wangian kopi tempatan dan kayuan gourmand. Pilihan variasi ini akan dikembangkan setiap empat bulan.

Proudly MalaysianMalaysian made perfume and fragrances for men & women

Athillia's PrideOur Products

Changing lives thru Scents