Athillia

Athillia perfumes are created by the delicate hands of our homegrown perfumer, Miss Aien Mokhtar.

Contact Us

Level 23, NU Tower 2, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Follow us

5 mitos minyak wangi

5 Mitos Biasa memakai minyak wangi

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on linkedin
Share
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Macam mana hendak mulakan topik ni dengan minyak wangi ye?? Mencabar juga ni. Baru baru ini, seorang rakan telah membuat “reviews” terhadap jenama wangian Athillia yang dilancarkan buat julung kali nya, Athillia Pour Femme Parfum 30ml dan Athillia Pour Homme Parfum 30ml, menakjubkan bila Nic lebih menyukai Athillia Pour Homme Parfum 30ml berbanding Pour Femme…Betul, salah, in the middle?? Nicole, jangan risau, pilihan you tepat.

Kami di Athillia lebih berpandangan yang pemilihan penggunaan wangian bersifat peribadi dan bergantung kepada keunikan individu, kesesuaian persekitaran serta masa, dan “mood” semasa penguna. Klasifikasi wangian lelaki dan perempuan cuma berdasarkan kecenderungan sampel lelaki dan perempuan yang disandarkan diperingkat pembangunan wangian tersebut.

Jadi terbitlah penulisan blog ini untuk memberontak dari “stereotyping” berkaitan dengan pandangan umum terhadap kaedah penggunaan wangian untuk lelaki dan perempuan.

 

Mitos #1 – Parfum mesti untuk Perempuan dan Cologne khusus untuk Lelaki

Kesian kat abam abam yang teruja hendak mencuba parfum juga tapi malu, kami di Athillia tidak akan mendeskriminasikan abam abam semua, formulasi wangian kami adalah adil untuk kakak dan abam. Kepada kami, wangian kami buta jantina, klasifikasi parfum atau cologne cuma lah menunjukkan tahap konsentrasi minyak yang digunakan dalam pembuatan jenama wangian tersebut. Tidak lebih dan tidak kurang.

Mitos #2 – Menggosok Minyak wangi akan memberikan kesan bauan yang lebih lama

Situasi ni, seperti bila kita kacau kopi yang dilakar indah oleh Barista betul betul depan mata dia, ooo sedihnya. Yang sebenarnya, Menggosok parfum akan menyebabkan molekulnya pecah dan tersebar hilang keudara dengan cepat…Penggunaan yang betul, sembur dan biarkan wangian tersebut meresap ke kulit dengan sendiri, kita akan mendapat kesan wangian yang lebih sempurna.

Mitos #3 – Penggunaan kertas “Blotter” memberikan bauan yang sama seperti bila kita sembur ke kulit sendiri.

Kepada kami di Athillia, ini adalah pendekatan yang paling bahaya dalam pemilihan wangian. Faktor keunikan peribadi setiap pengguna sangat lah penting semasa memilih wangian. Pastikan kita sembur ke kulit kerana minyak wangi tersebut akan memberikan reaksi yang berbeza bergantung kepada pH dan peluh kita.

Mitos #4 – Parfum yang mahal menjamin kualiti yang baik

Hmmm…99% daripada yang mengungsikan pemikiran ini terdiri daripada pengikut pengikut tegar jenama jenama tertentu. Sebetul nya, harga yang tinggi ini lebih kepada bayaran kos mempromosikan jenama tersebut, bukan kos khusus menghasilkan wangian.

Wangian yang hebat dan tahan lama bergantung kepada elemen elemen yang digunakan, dan tidak semestinya mahal. Jadi jangan terkejut bila anda mendapati wangian dengan harga yang berpatutan boleh bertahan lebih lama dan memberikan wangian yang sama hebat.

Mitos #5 – Semburkan Parfum hanya kebahagian Nadi

Adehh…penulis pun terjebak dengan pandangan ini untuk tempoh yang agak lama dengan pendapat ni. Yang sebenar nya, untuk mendapatkan kesan “sillage” terbaik dari wangian yang kita pakai, semburkan wangian tersebut kebahagian badan yang bergerak banyak, pergelangan tangan, “ankles”, bawah pelipat kaki, dan penting sekali, semburkan juga wangian tersebut ke pakaian kita untuk kesegaran sepanjang hari.

Ok, mata penulis pun dah kabur ni… lain kali kita disambung lagi dengan mitos yang mungkin kita tahu tapi tidak tahu. Selamat mencuba.

 

Athillia's PrideOur Products

Changing lives thru Scents

Post a Comment

Your email address will not be published.