Athillia

Athillia perfumes are created by the delicate hands of our homegrown perfumer, Miss Aien Mokhtar.

Contact Us

Level 23, NU Tower 2, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Follow us

perfume on dressing table

5 cara mudah ini untuk menjadikan minyak wangi bertahan lebih lama dan masih wangi

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on linkedin
Share
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Zaman sekarang, memiliki minyak wangi sudah seperti kelaziman, kerana minyak wangi memainkan peranan yang penting untuk kita tampil lebih yakin, bersemangat dan segar. Bagaimanapun sangat lah merugikan jika kita berhabis wang membeli minyak wangi, namun baunya tidak tahan lama gara-gara kaedah menyimpannya tidak betul.

  1. Elakkan menyimpan minyak wangi di tempat yang lembap – Tapi jangan pulak letak tempat yang panas terik ye!

Memang mudah untuk kita menyimpan minyak wangi bersekali item kecantikan di dalam bilik mandi bagi menjimatkan masa. Namun tabiat ini perlu dihindari. Ini kerana bilik mandi merupakan tempat yang lembap sekaligus menjadi lokasi ‘kegemaran’ bakteria.

2. Beli minyak wangi dalam bekas yang lebih kecil. Namun bagi kakak dan abang yang mandi minyak wangi, belilah yang saiz besar, supaya lebih ber-ekonomi.

Kajian menunjukkan minyak wangi yang dibeli dalam saiz besar, apabila mula berkurang sehingga separuh, ia akan mengurangkan intensiti aromanya. Ini kerana udara dalam botol akan mengoksida aroma minyak wangi di dalamnya. Athillia Parfum memang fokus kepada parfum bersize 30ml dan kotak premium dengan “inner mould” sedikit gelap untuk mengurangkan pengoksidaan.

3. Sentiasa pastikan minyak wangi ditutup dengan sempurna.

Aroma minyak wangi yang berasaskan alkohol memiliki tahap penguapan yang tinggi apabila terdedah. Jadi, kelam kabut macam mana sekalipun, jangan tinggalkan minyak wangi tanpa menutupnya terlebih dahulu.

4. Simpanlah minyak wangi di dalam kotaknya, kalau kotak asalnya kurang tahan dan tidak cantik, letak dalam toyogo pun boleh, lagi elok toyogo yang berwarna gelap supaya kurang panas. 

Jika kita membeli minyak wangi, pasti ia dibungkus kemas di dalam kotak. Jangan terus buang kotaknya. Kotak itu berperanan untuk menghindari botol minyak wangi terkena pancaran sinar matahari dan suhu panas. Justeru aroma minyak wangi akan kekal sama seperti pada waktu ia dibeli.

5. Simpan dalam tempat yang agak kelam sedikit

Memang cantik melihat botol minyak wangi tersusun di atas meja solek. Elakkan tabiat ini, minyak wangi yang terdedah kepada pancaran sinar matahari akan memecahkan molekul perfume sekaligus mengurangkan aromanya. Tempat terbaik, disimpan dalam laci ataupun almari.

Proudly MalaysianMalaysian made perfume and fragrances for men & women

Athillia's PrideOur Products

Changing lives thru Scents

Post a Comment

Your email address will not be published.